Powered By Blogger

Wednesday 29 August 2018

7 TIPS KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W

Sebagaimana yang kita ketahui, Rasulullah SAW hanya dua kali sakit, iaitu tatkala menerima wahyu pertama. ketika itu beliau mengalami ketakutan yang amat sangat kerana malaikat Jibril menampakkan bentuk aslinya sehingga menimbulkan demam hebat. Satu lagi, menjelang kewafatan Baginda SAW. Saat itu Baginda SAW mengalami sakit yang sangat teruk sehingga akhirnya meninggal dunia.
Dari situ dapatlah kita simpulkan bahawa Rasulullah SAW mempunyai fizikal yang sihat dan daya tahan yang luar biasa. Padahal kita tahu di negara Arab sana, cuacanya sangat panas dan tandus. Siapa pun yang mampu bertahan berpuluh-puluh tahun dalam kondisi tersebut, tambah lagi, berpuluh-puluh kali peperangan yang dilalui, pastilah memiliki daya tahan tubuh yang cukup kental.

Mengapa Rasulullah S.A.W Jarang Sakit?
Persoalan ini menarik untuk diutarakan. Secara lahiriah, Rasulullah SAW jarang sakit kerana Baginda SAW mampu mencegah hal-hal yang berpotensi mendatangkan penyakit. Dengan kata lain, Baginda SAW sangat menekankan aspek pencegahan daripada perubatan. Jika kita telaah Al-Qur’an dan As-Sunnah, maka kita akan menemui sekian banyak petunjuk yang mengarah kepada pencegahan. Hal ini adalah indikasi betapa Rasulullah SAW sangat peduli terhadap kesihatan. Dalam Shahih Bukhari sahaja, tidak kurang daripada 80 hadis yang membicarakan hal ini. Belum lagi yang tersebar meluas dalam kitab Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Tirmidzi, Baihaqi, Ahmad dan sebagainya.

5 cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan
Pertama - Bersikap selektif terhadap makanan. Tidak ada makanan yang masuk ke mulut Baginda SAW, kecuali makanan tersebut memenuhi syarat halal dan thayyib (baik). Halal berkaitan dengan urusan akhirat, iaitu halal cara mendapatkannya dan halal barangnya. Sedangkan thayyib berkaitan dengan urusan duniawi, seperti baik tidaknya atau bergizi tidaknya makanan yang dimakan tersebut. Salah satu makanan kegemaran Rasul SAW adalah madu. Baginda SAW biasa meminum madu yang dicampur air untuk membersihan air liur dan system pencernaan. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaknya kalian menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan Al-Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan Hakim).
Kedua - Tidak makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Caranya, kapasiti perut dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu sepertiga untuk makanan (zat padat), sepertiga untuk minuman (zat cair), dan sepertiga lagi untuk udara (gas). Disabdakan, “Anak Adam tidak memenuhkan suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi mereka beberapa suap yang dapat memfungsikan tubuhnya. Kalau tidak ditemukan jalan lain, maka (ia dapat mengisi perutnya) dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiganya lagi untuk pernafasan.” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Ketiga - Makan dengan tenang, bertuma’ninah (bukan solat saja ada tuma’ninah tau), tidak tergesa-gesa dan dengan tempo sederhana. Apa hikmahnya? Cara makan seperti ini akan menghindarkan diri daripada tersedak, tergigit dan kerja organ pencernaan pun menjadi lebih ringan. Makanan dapat dikunyah dengan lebih baik, sehingga kerja organ pencernaan berjalan dengan sempurna. Makanan yang tidak dikunyah dengan baik akan sukar dicerna.
Keempat - Tidur awal dan bangun awal. Baginda SAW tidur di awal malam dan bangun pada pertengahan malam kedua. Biasanya, Rasulullah SAW bangun dan bersiwak, lalu berwudhu’ dan solat sampai waktu yang diizinkan Allah SWT. Baginda SAW tidak pernah tidur melebihi yang sepatutnya, namun tidak pula menahan diri untuk tidur sekadar yang diperlukan. Penelitian Daniel F Kripke, ahli psikiatri dari Universiti California menarik untuk diungkapkan. Penelitian yang dilakukan di Jepun dan Amerika Syarikat selama 6 tahun dengan responden berusia 30-120 tahun mengatakan bahwa orang yang tidur 8 jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat, berlawanan dengan mereka yang biasa tidur 6-7 jam sehari. Selain itu, cara tidur Baginda SAW pun sarat makna. Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam buku Kaedah Perubatan Nabi SAW mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW tidur dengan mengiringkan tubuh ke arah kanan, sambil berzikir kepada Allah SWT hingga matanya terasa berat. Terkadang Baginda SAW mengiringkan badannya ke sebelah kiri sebentar, untuk kemudian kembali ke sebelah kanan. Tidur seperti ini merupakan tidur paling efisien.
Rasulullah SAW juga menganjurkan kita untuk tidur dengan mengiring ke arah kanan. Berdasarkan tinjauan anatomi dan fisiologi, manfaat tidur sebegini mampu merehatkan otak kiri kerana otak kiri menyarafi bahagian tubuh sebelah kanan yang lebih banyak bekerja di siang hari. Selain itu ia juga membantu mengurangi beban jantung, merehatkan lambung dan merehatkan pengosongan pundi hempedu dan pankreas.
Kelima - Istiqamah melakukan puasa sunat, di luar bulan Ramadhan. Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan Baginda SAW seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat Nabi Daud, puasa sunat enam hari di bulan Syawal dan sebagainya. Puasa adalah perisai terhadap pelbagai penyakit jasmani mahupun rohani. Pengaruhnya dalam menjaga kesihatan, melebur berbagai-bagai sisa makanan dan menahan diri daripada makanan berbahaya sangatlah luar biasa. Puasa sangat berkesan untuk proses detoksifikasi (pembersihan toksin) kerana sifatnya yang total dan menyeluruh.
Selain daripada lima cara hidup yang sihat ini, banyak lagi kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk kita teladani. Dalam buku Jejak Sejarah Kedoktoran Islam, Dr. Ja’far Khadem Yamani menukilkan lebih daripada 25 pola hidup Rasulullah SAW berkaitan kesihatan, sebahagian besarnya bersifat pencegahan. Antaranya adalah cara bersuci, cara ‘memanjakan’ mata, keutamaan berkhatan, keutamaan senyum dan lain-lain lagi.
Apa yang lebih penting daripada ikhtiar lahiriah, Rasulullah SAW sangat mantap dalam ibadah ritualnya, khususnya solat. Baginda SAW juga memiliki keterampilan sempurna dalam mengawal emosi, fikiran dan hati. Penelitian-penelitian terkini dalam bidang kesihatan membuktikan bahwa kemampuan dalam mengawal hati, fikiran dan perasaan, serta hubungan yang mantap dengan Zat Yang Maha Tinggi akan menentukan kualiti kesihatan seseorang, jasmani dan rohani.
Semoga bermanfaat

Wednesday 13 May 2015

20 Cara-Cara Amalan Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah Berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan rezekinya samaada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.
Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.
Allah SWT menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151 yang bermaksud : “Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anak-anak)”
Walaubagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Terdapat beberapa amalan untuk mendapat rezeki yang murah. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Jangan tinggalkan beribadah kepada Allah
Pastikan solat 5 waktu dikerjakan pada waktunya, sebaik-baiknya secara berjemaah.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
2. Memperbanyakkan istighfar 
Memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah SWT boleh menjadi sebab Allah SWT akan bertambah kasih kepada kita.
Firman Allah SWT maksudnya : “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)
Sabda Nabi S.A.W. ” Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
3. Meninggalkan perbuatan dosa
Setakat beristighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)
Sabda Rasulullah S.A.W : “…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
4. Banyak ingat Allah
Sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah SWT janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28 yang bermaksud : “…ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”
5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Membantu orang yang memerlukan bantuan seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi SAW yang maksudnya : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
7. Menyampaikan hajat orang lain
Apabila kita menyampaikan hajat saudara kita maka Allah SWT akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)
8. Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. ” (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. “
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)
Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
9. Buat kebajikan dan membantu orang yang lemah
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)
Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Bersedekah waktu pagi meredakan murka Allah, menarik rezeki dan menolak bala
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : “Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara.”
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Hadis Riwayat Tabrani)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, “Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?”
11. Menjalin silaturrahim
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)
12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid r.a)
13. Banyakkan membantu dan melapangkan kesusahan orang lain
Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam maksudnya : “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Hormati dan melayan tetamu
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj. maksudnya : “Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.”
15. Amalan Solat Duha
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Syukur di atas segala pemberian Allah
Firman Allah SWT maksudnya : “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)
17. Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki
Ada riwayat menjelaskan : “Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan”.
Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : “Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Mengamalkan membaca surah at-Talaq ayat 2-3 (dipanggil ayat 1000 dinar).
Firman Allah SWT maksudnya : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq ayat2-3)
Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.
Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.
Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
18. Sentiasa berdoa kepada Allah
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”
Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”
Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”
(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).
19. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar rumah mencari rezeki
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ”
(Surah An Nisaa’ ayat 100)
Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai berhijrah dijalan Allah.
20. Bertawakal kepada Allah SWT
Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Sahabat yang dimuliakan,
Hayatilah beberapa panduan dan amalan-amalan di atas sebagaimana di nyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW jalan-jalan untuk mendapatkan murah rezeki daripada Allah SWT. Pastikan rezeki yang kalian cari adalah halal dan bersih daripada perkara yang haram dan subahat. Kerana setiap ringgit wang yang kita perolehi akan ditanya nanti dihari akhirat.

Tuesday 12 May 2015

Denda & Penjara Tak Solat Jumaat Mulai 1 Jun 2015 Kedah


                        

Umat Islam termasuk rakyat asing yang menetap di negeri Kedah yang sengaja ponteng solat Jumaat tiga kali berturut-turut bakal berdepan hukuman penjara dan dikenakan denda berkuatkuasa 1 Jun depan.

Umat Islam yang didapati ponteng solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut akan dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga enam bulan dan denda RM1,000.

Notis seperti saman akan dikeluarkan kepada mereka yang didapati bersalah sebelum tangkapan dilakukan.

Ia susulan pelaksanaan Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Kedah, Syeikh Ahmad Faisol Omar, tarikh sebenar penguatkuasaan Seksyen ini adalah pada 1 Februari lepas.

                       

        SYEIKH Ahmad Faisol menunjukkan risalah yang diedarkan kepada orang ramai berhubung perlaksanaan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat.


Bagaimanapun, Ahmad Fisol menjelaskan pihaknya akan menguatkuasakan sepenuhnya pelaksanaan seksyen berkenaan bermula 1 Jun depan.

Sebagai persediaan melaksanakan undang-undang baharu itu, pihak Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) telah turun ke setiap daerah di negeri itu bagi memberi penerangan kepada wakil-wakil masjid di kesemua 568 buah  pusat institusi itu berhubung pelaksanaannya.

“Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah telah selesai mengadakan ‘road show’ ke 12 daerah dalam  negeri Kedah, dari Langkawi hingga ke daerah Bandar Baharu, dengan tujuan menerangkan secara terperinci peruntukan undang-undang ini kepada pihak-pihak yang boleh membantu kita dalam menguatkuasakan undang undang ini,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga telah membuat penghebahan melalui pengedaran poster di beberapa kawasan umum termasuk pekarangan masjid, surau dan juga premis kerajaan, katanya.

Katanya lagi, langkah itu diambil supaya orang awam tidak memberi alasan kononnya tidak mengetahui tentang pelaksanaan undang-undang itu di kemudian hari.

“Tindakan kita dan juga Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah telah mengeluarkan pekeliling kepada semua masjid dalam negeri Kedah untuk memaklumkan perkara ini.

“Kita telah mengedarkan poster untuk ditampalkan di papan notis masjid, surau dan juga premis-premis kerajaan,” kata Ahmad Fisol.



12 Gambar Mengenai Petua Mengunakan Ais Dengan Pelbagai Cara Dalam Kehidupan Kita Seharian

Pernah makan ais? Pernah minum air berais? Pernah duduk dalam peti ais? Tahukan anda bahawa ais sebenarnya mempunyai banyak manfaat? Sedarkah anda bahawa ais yang dibuat dari air paip atau air masak itu sebenarnya sangat berguna?

Jika jawapan anda bagi semua soalan di atas adalah 'tidak', maka anda wajib membaca apa yang bakal saya sampaikan... Dan jika jawapan anda adalah 'ya', pun anda digalakkan untuk membaca... Berikut adalah petua petua dengan menggunakan seketul ais...





Mengekalkan Make-up :
Jika anda mempunyai temujanji dan tidak mempunyai banyak masa untuk mengenakan solekan, ais boleh menjadikan kulit anda kelihatan berseri walaupun tanpa sebarang solekan tebal... Caranya adalah dengan menambil satu kiub ais, kemudian balutkannya dengan kain lembut atau tisu dan sapukan ke muka anda... Kemudian sapukan bedak padat ke muka anda... Hasilnya bedak tersebut akan bertahan lebih lama di wajah anda... Dan jangan lupa untuk memakai seoles gincu...





Meratakan warna kulit :
Sifat ais yang sejuk mampu memberikan ketenangan dan kesejukan apabila digunakan pada kulit... Disebabkan itu, ia mampu untuk mengurangkan ketidaksamaan warna kulit sama ada kulit wajah mahupun anggota badan... Hanya sapukan ketulan ais ke kawasan yang terjejas selama beberapa minit dan hasilnya menakjubkan... Ia merupakan kaedah yang sangat efektif untuk dilakukan tatkala sedang bersantai di rumah...





Merehatkan mata :
Berasa letih selepas seharian di tempat kerja atau setelah merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama? Cubalah silap mata ini demi kecantikan mata anda... Ambil beberapa ketul ais dan balutkan ke dalam kain yang lembut, kemudian sapukan ke sekeliling mata anda... Ini bukan sahaja akan melegakan tekanan yang anda alami tetapi ia turut akan menghapuskan bengkak pada mata anda... Anda akan berasa lebih santai dan segar selepas itu...





Merawat jerawat :
Dengan menyapukan ais pada wajah anda bukan sahaja akan melembutkan kulit wajah anda malah ia turut mengecilkan liang2 pori pada wajah anda dan menghalang bakteria daripada memasuki liang2 kulit wajah anda... Caranya adalah dengan pegang ais dengan kain yang bersih dan sapukan ais tersebut pada kulit muka anda selama 10 minit setiap hari... Ia mampu mengecilkan liang2 pori dan mengurangkan keradangan pada kulit wajah...





Menghilangkan gula2 getah :
Opsss! Ini bukan buat magik gula2 getah yang sedang dikunyah di dalam mulut hilang secara tiba2 tetapi ini petua untuk menanggalkan gula2 getah yang melekat pada rambut atau pakaian anda... Hanyya sapukan ketulan ais pada bahagian yang terjejas, kemudian tanggalkan gula2 getah tersebut dengan jari anda atau penyepit tanpa merosakkan rambut atau pakaian anda...





Mengeluarkan selumbar :
Selumbar atau serpihan kayu kadangkala akan tercucuk pada jari apabila anda memegang kepingan papan atau kayu yang tidak 'dikemaskan' dengan sempurna... Jika jari anda tercucuk selumbar, sapukan ais pada bahagian tersebut dan cabut selumbar tersebut menggunakan penyepit... Ianya akan menjadi mudah dan tidak menyakitkan...





Menghilangkan kedut / renyuk :
Jika pakaian anda dari jenis yang renyuk atau kedutannya susah hendak hilang, di sini ada tip untuk menghilangkannya terutamanya apabila anda perlu keluar untuk bertemujanji... Caranya adalah dengan gosokkan ketulan ais yang dibalut dengan kain yang lembut pada kawasan renyuk atau kedut tersebut dan kemudian seterika kawasan tersebut tanpa perlu menunggu kesan ais tersebut kering... Hasilnya amat menakjubkan!





Mengurangkan lepuh :
Apabila ada anggota badan anda yang melepuh atau terbakar, ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain yang bersih... Kemudian sapu perlahan-lahan pada kawasan yang melepuh atau terbakar selama beberapa saat... Selain mengurangkan kesakitan di kawasan yang terjejas, ia juga dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada kawasan tersebut... Selain itu ia mampu mengurangkan bengkak pada kawasan tersebut...





Merawat sengal2 otot :
Setelah berhempas pulas melakukan kerja berat, pasti ada beberapa kawasan otot yang akan berasa sakit dan sengal... Hanya perlu gosokkan ketulan ais pada bahagian yang berasa sengal selama beberapa ketika untuk mengurangkan rasa sengal tersebut...





Memanaskan nasi :
Memanaskan semula nasi yang sejuk akan menyebabkan nasi tersebut bertambah kering dan kurang sedap... Jadi untuk mengelakkan perkara itu terjadi, letakkan beberapa ketul ais di bahagian atas nasi dan panaskannya... Ais yang cair akibat pemanasan tersebut akan melembapkan nasi yang dipanaskan semula itu...





Sakit mencabut :
Bagi wanita yang suka membentuk kening dengan mencabut bulu kening, pasti anda akan merasa sakit tatkala kening anda dicabut... Jadi, untuk mengurangkan kesakitan tersebut, gosokkan kiub ais pada kening anda terlebih dahulu sebelum mencabut... Ulang prosedur tersebut setiap kali sebelum anda mencabut bulu kening anda... Cara ini akan mengurangkan kesakitan dan mencegah kulit disekeliling kening anda menjadi kemerah-merahan...

Top 10 Celebriti & Artis Malaysia Bertudung Paling Comel Dan Cantik Part 2

Selebriti Malaysia kini telah ramai yang berhijrah, terutamanya dari segi penampilan. Pasti ramai yang terkejut kerana artis yang sebelum ini di katakan terlalu sosial dan tidak bertudung kini berimej bertudung. Alhamdulillah suka melihat perubahan yang di lakukan oleh artis pujaan Malaysia iaitu Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Abby Abadi, Azza Elite, Heliza Helmi, Fiza Elite, Puteri Sarah Liyana, Diana Amir, Memey Suhaiza, Felixia Yeap, Raja Farah dan ramai lagi artis yang kini bertudung.

Artis yang di pilih ini berdasarkan penampilan terkini yang betul-betul menutup aurat. Bukan hanya bertudung tapi berpakaian ketat, itu merupakan fesyen semata-mata. Sejuk mata yang memandang kerana dari melihat mereka perasaan turut sama untuk berubah ke arah yang lebih baik. Semoga mereka semua kekal istiqamah dalam menjaga aurat, pasti mereka semua menjadi ikon fesyen untuk kita semua. Insyaallah.


1. HELIZA HELMI





2. DIANA AMIR





3. DATO' SITI NURHALIZA




4. PUTERI SARAH LIYANA






5. NATASHA HUDSON






6. SARI YANTI




7. AYU RAUDAH






8. FARAH AF2






9. SHARIFAH NUR






10. NURJUMA HABIB




20 GAMBAR AMALAN SUNNAH RASULULLAH YANG PATUT KITA AMALKAN





1. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.





2. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.





3. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.





4. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.





5. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.





6. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.





7. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.





8. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.




9. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.





10. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.





11. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.





12. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.





13. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.





14. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.





15. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.




16. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.




17. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.





18. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.





19. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.





20. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.


Sebarkan...supaya lebih ramai lagi yang mengamalkan sunnah...jom amal sunnah nabi!