Powered By Blogger

Thursday 7 May 2015

Top 10 Orang Terkaya Di Malaysia 2015


Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas
Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.
Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion..
tempat keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini.
Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang jatuh ke tempat keenam. Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu.
Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lepas.
Ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.
Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.
Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.

No comments:

Post a Comment