Powered By Blogger

Tuesday 12 May 2015

Mia Ahmad Balas Spekulasi Hubungan, Kritikan

Mia Ahmad Balas Spekulasi Hubungan, Kritikan




“Saya dan Syarul dah kenal sebelum ini, sejak drama ‘Romi Cinta Julia’. Kita memang bersahabat. Untuk orang luar bercakap negatif berdasarkan beberapa keping gambar, I have nothing much to say. Mereka tidak tahu apa-apa. Benar, sekeping gambar itu mempunyai nilai seribu perkataan tetapi masalah timbul bila ada yang membuat spekulasi tanpa mengetahui keseluruhan cerita. Saya terkilan dan terguris tetapi saya anggap perkara ini sebahagian daripada asam garam dunia seni,” tutur Mia Ahmad menjawab persoalan kononnya wujud hubungan istimewa antara dirinya dan hero drama ‘Hati Perempuan’, Syarul Ridzwan.


Mia Ahmad Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram
Mia anggap apa yang berlaku sebagai asam garam dunia seni
Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram

“Masa kami mula-mula post gambar-gambar tersebut, rata-rata peminat suka melihat the sweetness antara watak kami. Tetapi semakin bertambahnya followers, bertambah jugalah mereka yang kurang senang dengan kita. Selepas berbincang dengan Syarul, kami membuat keputusan untuk mengeluarkan gambar-gambar itu. Ada yang menyokong tindakan kami, tak kurang juga yang tidak setuju. Kepada mereka ini, saya meminta maaf. Saya harap mereka faham kami bertindak sedemikian kerana tidak mahu lagi menimbulkan fitnah.”
Mendengar penjelasan Mia, pastinya ada sebilangan pembaca yang sukar mempercayai bila diberitahu keserasian antara Mia dan Syarul dalam drama ‘Hati Perempuan’ tidak datang dengan mudahnya.


Mia Ahmad Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram
Menurut Mia, tidak mudah mewujudkan ‘chemistry’ dengan Syarul Ridzwan
Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram

“Mungkin ada yang ingatkan lagi senang kerja jika sudah berkawan. Kerana kami kawan di luar set, senang hendak berlakon sebagai suami isteri di dalam set. Tetapi tidak. Perasaan itu sangat kekok. Kami mengambil masa untuk membina chemistry di layar TV.”
Mula mengenakan tudung sejak pertengahan tahun lalu, Mia juga tidak dapat lari daripada komen-komen yang memintanya menjaga batasan dan tatatertib seorang wanita bertudung. Namun dia jujur mengakui dia masih mencari keseimbangan antara permintaan sebagai seorang wanita Muslimah dan kerjaya sebagai pelakon.


Mia Ahmad Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram
Mia minta diberi peluang untuk memperbaiki lagi dirinya
Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram

“Saya masih belum dapat seimbangkan perkara itu tetapi sebanyak mungkin saya dan Syarul cuba mengehadkan apa yang dikatakan adegan mesra seperti tiadanya babak peluk-peluk walaupun bersalaman itu tidak boleh juga. Saya masih dalam proses penghijrahan. Bagi saya peluang dan ruang untuk memperbaiki diri ini. Pengalaman berlakon di dalam ‘Hati Perempuan’ banyak mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang pelakon. Untuk projek seterusnya, saya akan elakkan adegan bersalaman,” ujarnya yang baru habis penggambaran ‘Hati Perempuan’ dua minggu lalu.
Hanya setahun usia di dalam industri seni, bekas pramugari ini akur masih banyak yang perlu dibaiki dari segi lakonan. Mengakui apa yang dipersembahkan setakat ini “tidak bagus”, dia menerima semua kritikan yang dilemparkan sebagai kata-kata semangat untuk memperbaiki kelemahannya.


Mia Ahmad Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram
Mia ambil segala kritikan sebagai pemangkin semangat untuk berusaha dengan lebih kuat
Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram

“Saya tak nafikan komen-komen orang memberi kesan ke atas diri saya but I try not to let it affect me too long. Semua orang ada pendapat masing-masing. Saya tak down sebaliknya saya bekerja lebih keras. Dari segi mental dan fizikal, saya sudah menyiapkan diri untuk menerima semua komen sebab saya tahu akan ada yang soal, siapa wanita ini dan macam mana dia boleh dapat tawaran ini.
“Sewaktu penggambaran, saya ada berdepan masalah hendak menjayakan beberapa babak tetapi saya melihatnya sebagai satu cabaran. Saya banyak mendapat pertolongan daripada pengarah, krew dan pelakon lain. Tiga bulan kami bersama, kami sudah seperti sebuah keluarga. Setiap kali kami break untuk makan malam, kami akan ramai-ramai menonton ‘Hati Perempuan’ di TV.


Mia Ahmad Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram
Mia bersyukur biarpun ada yang tidak suka, ramai lagi yang menyokongnya
Sumber gambar: Mia Ahmad / Instagram

“Semua yang berlaku tidak membuatkan saya menyesal dengan keputusan untuk memasuki bidang seni. Inilah pilihan saya. Di sebalik semua ini, saya rasa amat bersyukur dan begitu dihargai kerana biarpun ada yang tidak suka, ramai lagi yang senang dengan kehadiran saya dan sering menghantar mesej memberi kata-kata semangat, menyokong saya.”

No comments:

Post a Comment